TEKUN Get- Together 360

Rangkuman video di sekitar Majlis TEKUN Get- Together 360 yang berlangsung pada hari ini bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.

TEKUN Get- Together 360 merupakan satu majlis perjumpaan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama Warga Kerja Ibu Pejabat.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang TEKUN Virtual Ride, sesi pelancaran SUKTEN 2023 dan majlis sambutan hari lahir untuk warga kerja yang menyambut hari lahir pada bulan Januari, Februari & Mac 2023.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Youth Empowerment Fair 2023

YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi hadir ke Program Youth Empowerment Fair 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 19 Mac 2023.

Beliau kemudiannya menghadiri program Temu Anwar yang berlangsung di tempat yang sama. Turut hadir, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional bersama ketua-ketua Agensi di bawah KUSKOP.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani

Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Usahawan Tamu

Rangkuman video di sekitar Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Usahawan Tamu & Taklimat Pembiayaan Produk Pelancongan yang baru sahaja berlangsung pada 18 Mac bertempat di Kadamaian Square, Kota Belud, Sabah.

Pelancaran disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) ini adalah pembiayaan mikro berkumpulan bagi usahawan pasar tamu untuk meningkatkan pendapatan golongan B40 khususnya di Sabah dan Sarawak.

Dalam majlis yang sama, YB Datuk Ewon Benedick turut menyampaikan cek pembiayaan SPUT kepada 25 orang usahawan sekitar Kota Belud. Turut hadir, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 (TEKUN Nasional)

Wanita, Anugerah Terindah Tuhan, Tegas Dalam Kelembutan, Bijak Dalam Keayuan, Tangkas Dalam Pekerjaan, Selamat Hari Wanita, Sesungguhnya Dirimu Amatlah Berharga!

Hari Wanita Sedunia diraikan pada tanggal 8 Mac setiap tahun. TEKUN Nasional juga tidak terkecuali meraikan hari wanita sedunia. Melalui Puspanita TEKUN Nasional, satu majlis sambutan kecil telah diadakan di Ibu Pejabat bagi menghargai warga kerja wanita.

Saksikan rangkuman video di sekitar Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia PUSPANITA cawangan Kecil TEKUN Nasional yang berlangsung pada hari ini bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.

YBhg Datin Connie Parantis, Penaung PUSPANITA Cawangan KUSKOP hadir meraikan sambutan bersama ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil TEKUN Nasional dan warga kerja wanita Ibu Pejabat. Turut hadir, YBrs Puan Nora Bt Mat Ail, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KUSKOP.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #PUSPANITA

Majlis Penyampaian Bantuan Asnafpreneur TEKUN Nasional – SSM

Rangkuman video di sekitar Majlis Penyampaian Bantuan Asnafpreneur TEKUN Nasional – SSM yang berlangsung pada 28 Februari 2023 bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.

Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk menyuntik modal tambahan kepada para usahawan asnaf disamping membantu meningkatkan motivasi untuk terus menjalankan perniagaan.

Bantuan disampaikan oleh YBhg Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diiringi YBhg Dato’ Adam Abdul Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.

Seramai 22 orang usahawan TEKUN dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka menerima cek pada hari ini dan selebihnya akan menerima bantuan melalui pejabat TEKUN Negeri masing-masing.

Sebelum majlis penyampaian bermula, YBhg Datuk Nor Hazimah Abdul Aziz diiringi YBhg Dato, Adam Abdul Ghani bersama pihak pengurusan berkesempatan melawat galeri TEKUN Nasional & TEKUN mart bertempat di lobi utama Ibu Pejabat TEKUN Nasional.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #SSM