Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun TEKUN Nasional ke 25

Pada 9 November 2023, telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun TEKUN Nasional ke 25 bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.

Majlis bacaan yasin dan doa selamat ini dihadiri oleh warga kerja Ibu Pejabat dan juga turut dihadiri secara maya oleh warga kerja TEKUN Nasional seluruh Malaysia. Semoga majlis ini mendapat berkat dan diredhai Allah SWT.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda

Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN negeri Sarawak

Video di sekitar Majlis Perjumpaan Pengerusi TEKUN Nasional YBhg Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Sarawak di Margherita Plaza, Bintulu pada 2 November 2023.

Tetamu Kehormat, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid telah menyampaikan amanat dan turut beramah mesra bersama kesemua warga kerja TEKUN Nasional negeri Sarawak yang hadir.

TEKUN Nasional mempunyai sebanyak 16 cawangan & 8 sub cawangan di Wilayah Sarawak meliputi sebanyak 86 orang warga kerja. Untuk makluman, majlis ini adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada warga kerja untuk bersemuka secara langsung bersama Pengerusi serta kepimpinan tertinggi TEKUN Nasional.

Turut hadir pada majlis ini adalah YBrs Tuan Haji Roshaimi Harun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat), YBrs Encik Yasir Salam Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), YBrs Encik Misman Hussin Ketua Seksyen Korporat serta warga kerja Pejabat Negeri Sarawak.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani #Bintulu #Sarawak

Walkabout Pengerusi TEKUN Nasional di sekitar Bintulu

Rangkuman video di sekitar program walkabout Pengerusi TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid ke premis usahawan TEKUN di sekitar Bintulu, Sarawak pada1 November 2023.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional (Korporat), YBrs Tuan Haji Roshaimi Harun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional (Operasi) Encik Yasir Salam, Ketua Seksyen Korporat Encik Misman Hussin serta pegawai TEKUN Nasional negeri Sarawak turut hadir mengiringi YBhg Dato’ Abdullah Sani.

Program Walkabout dimulakan pada pagi hari dengan melawat 22 usahawan TEKUN yang menjalankan perusahaan kecil-kecilan di ruang perniagaan di Pasar Tamu, Bintulu. Selesai sesi walkabout di Pasar Tamu diteruskan lagi dengan melawat 7 premis usahawan TEKUN di sekitar Bintulu.
Antara jenis perniagaan yang dilawati adalah bengkel kereta, spa kecantikan, kedai bakeri, kedai kek lapis, restoren mamak & kedai makan.

Pihak TEKUN Nasional mendoakan semoga perniagaan para usahawan TEKUN Nasional di Bintulu bertambah maju dan dilimpahi berkat. Selamat maju jaya!

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #MalaysiaMadani #Bintulu #Sarawak

Majlis Sambutan 25 Tahun TEKUN Nasional

Saksikan rangkuman video di sekitar kemeriahan Majlis Sambutan 25 Tahun TEKUN Nasional yang berlangsung pada 28 Oktober 2023 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC).

Majlis yang disambut dengan penuh gemilang ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Para Usahawan TEKUN Nasional serta warga kerja juga turut sama hadir dalam majlis ini.

YB Datuk Ewon Benedick telah diberi penerangan mengenai sejarah penubuhan TEKUN Nasional yang telah ditubuhkan pada 9 november 1998 oleh YBhg Dato’ Adam Abdul Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.

Dalam Majlis yang sama, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional telah menyampaikan ucapan aluan dan seterusnya ucapan perasmian telah disampaikan oleh YB Datuk Ewon Benedick.
YB Datuk Ewon juga telah menyampaikan sijil, trofi dan wang tunai kepada seramai 21 orang usahawan TEKUN Nasional yang diberi pengiktirafan Anugerah Usahawan Berjaya.

Kriteria pemilihan ini berdasarkan prestasi perniagaan yang menunjukkan peningkatan selepas pembiayaan TEKUN Nasional diperolehi serta bayaran balik pembiayaan yang memuaskan.

TEKUN Nasional turut memberi pengiktirafan kepada warga kerja melalui penyampaian Anugerah TEKUN Cawangan Terbaik yang dimenangi oleh TEKUN Cawangan Raub dan Anugerah TEKUN Negeri Terbaik yang disandang oleh TEKUN Negeri Pahang.

Turut sama hadir di majlis ini ialah YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri KUSKOP, YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, KSU KUSKOP, YBhg Datuk Haji Zamri Salleh, TKSU KUSKOP, YBrs Puan Noor Afifah Abd Razak, TKSU KUSKOP dan YB Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional serta pegawai kanan Kementerian dan Agensi.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Majlis Perjumpaan Warga Kerja Bersama Pengerusi TEKUN

Pada 28 Oktober 2023, telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Warga Kerja Bersama Pengerusi TEKUN Sempena Sambutan 25 Tahun TEKUN bertempat di Lavender Hall, Bangi Avenue Convention Centre (BACC).

Tetamu Kehormat, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid telah menyampaikan ucapan dan beramah mesra bersama warga kerja TEKUN Nasional yang hadir.

Dalam majlis yang sama, warga kerja yang telah berkhidmat selama 22 tahun telah dianugerahkan Anugerah Khidmat Setia dan Anugerah Prestasi Pembiayaan juga telah dianugerahkan kepada Cawangan dan Negeri yang terlibat.

Turut hadir, YB Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional, YBhg Datuk Haji Zamri Salleh, TKSU KUSKOP, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional serta Ahli Lembaga Amanah dan Pihak Pengurusan Tertinggi TEKUN Nasional.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda