Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Pahang

Pada 5 Oktober 2023, telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Pengerusi bersama warga kerja TEKUN Nasional negeri Pahang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Temerloh, Pahang.

Tetamu Kehormat, YBhg Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid telah menyampaikan ucapan dan turut beramah mesra bersama kesemua warga kerja TEKUN Nasional negeri Pahang yang hadir.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan & Korporat) TEKUN Nasional, YBrs Tuan Haji Roshaimi Harun bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), YBrs Encik Yasir Salam.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Walkabout Pengerusi TEKUN Nasional di sekitar Simpang Pelangai

Alhamdulillah pada 4 Oktober 2023, telah berlangsung Program Walkabout YBhg Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional di sekitar Simpang Pelangai, Felda Chemomoi dan Felda Kemasul, Bentong, Pahang.

YBhg Pengerusi TEKUN meluangkan masa beramah mesra serta makan tengah hari bersama para Usahawan di beberapa tempat seperti di gerai makanan dan di dewan perjumpaan Ahli Teman TEKUN.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat) TEKUN Nasional, YBrs Tuan Haji Roshaimi Harun bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ( Operasi) TEKUN Nasional, YBrs Encik Yasir Salam dan Pengurus TEKUN Pahang, Encik Hassan Anuar serta pegawai-pegawai TEKUN Nasional negeri Pahang turut hadir mengiringi Pengerusi TEKUN.

Program seumpama ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para usahawan TEKUN untuk bersemuka dengan Pengerusi dan pengurusan tertinggi TEKUN Nasional untuk berkongsi kisah perniagaan mereka, padangan serta masalah-masalah yang mungkin mereka hadapi dan sebagainya.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Majlis Penutupan Sukan TEKUN Nasional (SUKTEN) 2023

Saksikan kemeriahan di sekitar Majlis Penutupan Sukan TEKUN Nasional (SUKTEN) 2023 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi bertempat di Dewan Maksak, Presint 14, Putrajaya.

Antara kontijen yang mengambil bahagian dalam acara SUKTEN yang berlangsung pada 16 & 17 September ini adalah dari Wilayah Tengah, Wilayah Utara, Wilayah Selatan, Wilayah Borneo & dari Ibu Pejabat

Majlis ini adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan para atlet TEKUN Nasional yang telah berentap dalam acara masing-masing selama dua hari di Karnival Sukan TEKUN 2023 di Universiti Putra Malaysia.

Turut hadir, YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, KSU KUSKOP, YBhg Datuk Haji Zamri Salleh, TKSU KUSKOP, YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional dan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.

Tahniah diucapkan kepada semua para atlet ! jumpa lagi di SUKTEN edisi seterusnya !

#MyTEKUN #SUKTEN #SUKTEN2023

Perasmian Karnival Sukan TEKUN Nasional (SUKTEN)

Pada 16 September 2023, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Karnival Sukan TEKUN Nasional (SUKTEN) bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

Majlis yang berlangsung dengan penuh gemilang ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional.
Objektif temasya ini diadakan adalah untuk mengetengahkan konsep perjuangan serta kesepaduan di dalam pertandingan dan menyemarakkan semangat kesukanan.

Antara kontijen yang mengambil bahagian dalam acara SUKTEN yang berlangsung pada 16 & 17 September ini adalah dari Wilayah Tengah, Wilayah Utara, Wilayah Selatan, Wilayah Borneo & dari Ibu Pejabat.

Turut hadir, YB Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional, YBrs Tuan Haji Aishamudin Zulkefli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan), YBrs Tuan Haji Roshaimi bin Harun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan & Korporat) dan YBrs Encik Yasir bin Salam, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi).

#MyTEKUN #SUKTEN #SUKTEN2023

Majlis Perjumpaan Usahawan Johor

Rangkuman video di sekitar Majlis Perjumpaan Usahawan bertempat di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru, Johor yang berlangsung pada 5 September 2023. Kehadiran ‘FULL HOUSE’ dewan lebih dari 500 orang usahawan TEKUN dari seluruh negeri Johor.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional dan diringi oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat), Tuan Haji Roshaimi Harun dan Pengurus TEKUN Johor,Encik Mohd Shah Mohd Ariff.

Pada pagi tadi satu seminar Chat GPT iaitu pengunaan teknologi AI di mana pada masa kini telah menjadi salah satu menjadi medium penting dalam dunia keusahawanan hari ini telah dikongsi kepada para usahawan TEKUN yang hadir. Semoga para usahawan TEKUN dapat memanfaatkan perkongsian ilmu tersebut kepada perniagaan mereka.

Pada majlis tersebut juga telah diadakan Jualan Rahmah Malaysia Madani barangan asas kepada para pengunjung dengan harga murah dan sangat berpatutan.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani #JualanRahmah #Usahawan