Gala Night Ar Rahnu Tekun 2019

YBhg Dato Adam Abd Ghani, CEO TEKUN Nasional menghadiri Majlis Perjumpaan bersama wargakerja Ar Rahnu TEKUN bertempat di Ancasa Residences, Port Dickson.

Beliau turut menyampaikan amanat dan seterusnya menyerahkan anugerah cawangan terbaik, pegawai terbaik dan anugerah khas kepada penerima.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #ArRahnuTEKUN

MED Coopreneur Carnival 2019

Rangkuman video hari terakhir di sekitar program MED Coopreneur Carnival 2019 yang berlangsung di Pada 8-10 November 2019 bertempat di Persiaran Perdana, Putrajaya.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah mengampuni perkenan untuk berangkat hadir ke program ini. Baginda turut perkenan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah acara 9to5 Run Half Marathon. Acara ini telah disertai lebih 10,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #9to5Run #MEDMalaysia #DasarKeusahawananNegara

Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional peringkat Negeri Johor.

Saksikan rangkuman video program Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional peringkat Negeri Johor.

Program ini merupakan antara inisiatif yang diterajui oleh TEKUN Nasional untuk mendekati rakyat dengan input yang lebih holistik dalam agenda pembangunan usahawan agar tidak dilihat hanya dalam usaha pembiayaan perniagaan.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #JomJejakUsahawanTEKUN #Johor

Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional Negeri Pulau Pinang

Saksikan rangkuman video program Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional peringkat Negeri Pulau Pinang.

Selain dapat berjumpa,mendengar dan merasai sendiri pahit manis perniagaan yang dijalankan, program seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Pihak TEKUN Nasional dengan para usahawan.

Terima kasih usahawan-usahawan Pulau Pinang. Semoga kita berjumpa lagi !!

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #JomJejakUsahawanTEKUN #PulauPinang

Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional Negeri Perlis

Jom Saksikan rangkuman video program ‘Jom Jejak Usahawan TEKUN Nasional’ di sekitar Negeri Perlis.

Program ini merupakan antara inisiatif yang diterajui oleh TEKUN Nasional untuk mendekati rakyat dengan input yang lebih holistik dalam agenda pembangunan usahawan agar tidak dilihat hanya dalam usaha pembiayaan perniagaan.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #JomJejakUsahawanTEKUN #Perlis