USAHAWAN
Baru-baru ini, Team TEKUN TV bersama Pengurus dan pegawai TEKUN Negeri Sembilan berkesempatan berjumpa dan menemuramah En Rahim Nagoorkani yang menjalankan penternakan lembu daging di Rantau, Negeri Sembilan
Hasil penat lelah beliau,kini beliau memiliki kira-kira 400 ekor lembu di kandang dan juga di padang ragut berhampiran kandang beliau. Permintaan lembu daging beliau juga. semakin meningkat berikutan musim raya korban yang bakal menjelang.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah En Rahim !!
Jangan lupa klik HD okay !!
#MyTEKUN #Usahawan #NegeriSembilan #TemanNiagaAnda
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis Pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri di Kuala Lumpur Convention Centre.
Dasar Keusahawanan 2030 merupakan dasar pertama di negara ini yang digubal secara komprehensif dan terkhusus dalam bidang keusahawanan.DKN 2030 ini merupakan dokumen strategi jangka panjang bagi menetapkan hala tuju keusahawanan negara.
#MyTEKUN #DKN2030
USAHAWAN
Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan berjaya TEKUN Nasional negeri Perak, Mohd Fahizan Bin Suid atau lebih mesra dikenali sebagai Abang Jai yang menawarkan perkhidmatan sukan air di Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
SF Watersports menawarkan perkhidmatan sukan air antaranya seperti Jetski, Kayak, Banana Boat, Sofa Boat Ride, Island Hoping, Snorkeling dan banyak lagi. Abang Jai mempunyai beberapa buah Jetski dan beberapa buah speedboat untuk disewakan kepada pengunjung.
Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, jangan lupa singgah di SF Watersports untuk mencuba pelbagai aktiviti sukan air yang disediakan. Semoga maju jaya Abang Jai.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #Perak
MEDIA@TEKUN, Video
Rangkuman video di sekitar Majlis Sambutan Aidilfitri TEKUN Nasional bertempat di Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.
Dianggarkan, seramai 1,500 orang jemputan dari pelbagai agensi kerajaan serta usahawan telah hadir memeriahkan majlis sambutan hari raya ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran anak-anak yatim dan asnaf daripada Rumah Bakti Al-Kausar.
Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) TEKUN Nasional & Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) turut berlangsung di majlis ini.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Aidilfitri2019
USAHAWAN
Team TEKUN TV bersama Pengurus dan pegawai TEKUN dari negeri Perak berkesempatan membuat lawatan ke premis Kak Ija di Sri Manjung Perak.
Saksikan kisah pahit manis dan temubual bersama usahawan ini yang kami bawakan khas kepada anda
Zeeper setakat ini telah dipasarkan di seluruh negara dan alhamdulillah mendapat sambutan yang baik. Kami di TEKUN Nasional sangat berbangga dengan pencapaian mereka, semoga mereka terus maju jaya dalam bidang yang diceburi.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Zeeper