Saksikan ‘Highlights’ video sekitar Walkabout Ahli Lembaga Amanah dan Pihak Pengurusan TEKUN Nasional ke premis-premis Usahawan TEKUN di sekitar Indera Mahkota, Pahang.
Antara premis yang dilawati ialah kedai menjual makanan hasil laut, kedai barangan binaan & logam, kedai percetakan dan pusat pemprosesan makanan sejuk beku.
Selain dapat merasai sendiri pahit manis dalam perniagaan, program seperti ini juga dapat mendekati dan mengenali Usahawan-usahawan TEKUN Nasional.
Kali ini kita bersama Encik Zailani Mohamad Shah yang merupakan seorang usahawan TEKUN Nasional yang mengusahakan bengkel membaiki dan menjual alat ganti motosikal
Jom saksikan kisah dan temubual bersama beliau yang kami bawakan khas kepada anda. Jangan lupa klik HD ok !
Saksikan kisah Usahawan muda dari Kuala Kedah ini yang menjalankan perniagaan membekal dan memproses isi ikan dan produknya dipasarkan ke seluruh utara dan hingga ke Terengganu !! (HD)
Hanya bermula dengan beberapa ekor lembu sahaja, sekarang Usahawan TEKUN Nasional, Encik Noor Azmi Jusoh kini menternak kira kira dua ratus ekor lembu di Kemaman, Terengganu.
Saksikan video kisah dan temuramah bersama beliau yang kami bawakan khas kepada anda. Jangan lupa klik HD okay !!
Highlights video Persidangan Pengurus TEKUN Nasional seluruh Malaysia 2017 yang berlangsung selama tiga hari dan dua malam bertempat di Hotel Vivatel, Kuala Lumpur