MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis Perjumpaan Usahawan bertempat di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru, Johor yang berlangsung pada 5 September 2023. Kehadiran ‘FULL HOUSE’ dewan lebih dari 500 orang usahawan TEKUN dari seluruh negeri Johor.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional dan diringi oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat), Tuan Haji Roshaimi Harun dan Pengurus TEKUN Johor,Encik Mohd Shah Mohd Ariff.
Pada pagi tadi satu seminar Chat GPT iaitu pengunaan teknologi AI di mana pada masa kini telah menjadi salah satu menjadi medium penting dalam dunia keusahawanan hari ini telah dikongsi kepada para usahawan TEKUN yang hadir. Semoga para usahawan TEKUN dapat memanfaatkan perkongsian ilmu tersebut kepada perniagaan mereka.
Pada majlis tersebut juga telah diadakan Jualan Rahmah Malaysia Madani barangan asas kepada para pengunjung dengan harga murah dan sangat berpatutan.
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani #JualanRahmah #Usahawan
MEDIA@TEKUN
Program walkabout Pengerusi TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid ke premis usahawan TEKUN di sekitar Pasir Gudang, Johor yang berlangsung pada 28 Ogos 2023
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani bersama barisan Pengurusan Tertinggi TEKUN serta pegawai TEKUN Nasional negeri Johor turut hadir mengiringi YBhg Dato’ Abdullah Sani.
Antara premis usahawan TEKUN yang dikunjungi adalah usahawan TEKUN yang menjalankan perusahaan jahitan, bakeri, memproses santan segar, perusahaan makanan tradisional, percetakan dan pusat kecantikan.
Pihak TEKUN Nasional mendoakan semoga perniagaan para usahawan TEKUN Nasional ini bertambah maju dan dilimpahi berkat. Selamat maju jaya !
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan #MalaysiaMadani #Johor
MEDIA@TEKUN
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri hadir merasmikan Majlis Perjumpaan Usahawan bertempat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Terengganu pada 9 Ogos 2023.
Dalam majlis yang sama, YAB Perdana Menteri berbesar hati menyerahkan cek pembiayaan kepada 7 orang Usahawan TEKUN Nasional Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM606 ribu yang melibatkan seramai 21 orang usahawan.
Turut hadir, YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, KSU KUSKOP, YBhg Datuk Zamri bin Salleh, TKSU KUSKOP, YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional, YB Tuan Mohd Sany Bin Hamzan, Timb. Pengerusi TEKUN Nasional dan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis Perjumpaan Usahawan yang berlangsung pada 8 Ogos 2023 bertempat di Dewan Selera Tepi Sungai, Kampung Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan.
Perasmian Majlis Perjumpaan yang dihadiri seramai 300 orang usahawan dari kawasan sekitar ini disempurnakan oleh YBhg Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional.
Dalam majlis yang sama, YBhg Dato’ Abdullah Sani berbesar hati menyerahkan cek pembiayaan TEKUN Nasional kepada 8 orang usahawan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM144 ribu.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani
MEDIA@TEKUN
YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi hadir merasmikan Majlis Perjumpaan Usahawan bertempat di Dewan Wisma Al-Ansar, Masjid Al Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 3 Ogos yang lalu.
Seramai 1000 orang usahawan dari kawasan sekitar telah hadir ke Majlis Perjumpaan Usahawan ini. Dalam majlis yang sama, YB Datuk Ewon Benedick berbesar hati menyerahkan cek pembiayaan kepada 29 orang Usahawan TEKUN Nasional Pulau Pinang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM460 ribu.
Turut hadir, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri KUSKOP, YBhg Datuk Zamri bin Salleh, TKSU KUSKOP, YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional dan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #MalaysiaMadani
MEDIA@TEKUN
Rangkuman video di sekitar Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2023 yang berlangsung 22 Julai 2023 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah diiringi YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Turut hadir, YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, KSU KUSKOP, YBhg Dato’ Haji Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional dan YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda