USAHAWAN
Melihat permintaan terhadap keropok lekor yang mendapat sambutan luar biasa di sekitar negeri Sarawak, ia mencetuskan idea untuk Encik Junaidi Kaderi, Usahawan TEKUN Nasional negeri Sarawak memproses dan mengusahakan keropok lekor di Kota Samarahan.
Pegawai dari Jabatan Korporat & Pemasaran TEKUN Nasional bersama Pegawai TEKUN Nasional negeri Sawarak baru-baru ini berkesempatan melawat dan menemubual Encik Junaidi serta melihat sendiri bagaimana proses pembuatan keropok lekor dijalankan.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan Encik Junaidi terus maju dan berjaya.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
USAHAWAN
Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional negeri Johor, Puan Nordianis Permin, Pengarah Urusan Haos Industries Sdn Bhd yang mengeluarkan produk minuman sedia diminum pelbagai perisa berjenama Haos Ek?.
Sehingga hari ini, air minuman Haos Ek? telah mencapai jualan sebanyak 5.6 juta botol dimana produk ini dipasarkan ke seluruh negara melalui kedai runcit, stesen minyak dan juga melalui ejen-ejen yang berdaftar.
Pada sambutan Ulangtahun 25 TEKUN Nasional yang lalu, beliau telah menerima dua anugerah iaitu Anugerah Usahawan Berjaya TEKUN negeri Johor dan Anugerah Usahawan TEKUN Cemerlang Kebangsaan 2023 yang telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah Puan Nordianis ! Selamat maju jaya !
#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Usahawan
USAHAWAN
Melihat permintaan terhadap hasil laut terutama ikan bilis dari Sabah yang mendapat sambutan luar biasa, ia mencetuskan idea untuk Encik Arman bin Ola, Usahawan TEKUN Nasional negeri Sabah mengeluar dan mengusahakan ikan bilis dari Pitas, Sabah.
Encik Arman bin Ola mendirikan sangkar tradisional atau lebih dikenali sebagai bagang merupakan satu kaedah tangkapan ikan bilis cukup sinonim dalam kalangan nelayan tempatan di sekitar Pitas, Kudat dan Kota Marudu.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan Encik Arman terus maju dan berjaya.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
USAHAWAN
Dari Negeri di Bawah Bayu, kami bawakan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional negeri Sabah, Cik Erra Musah yang menghasilkan dan juga menjual kelengkapan pakaian tradisi etnik Murut dan Dusun.
Beliau pada mulanya membantu ibunya menghasilkan pakaian dan kelengkapan tradisi di rumah sahaja, apabila permintaan semakin meningkat terutamanya tempahan dari semenanjung, meningkat beliau nekad membuka kedai sendiri bertempat di Kampung Sri Murni, Nabawan.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan Cik Erra Musah terus maju dan berjaya.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda
USAHAWAN
Kami bawakan kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional negeri Sabah, Encik Rowelon bin Julil, usahawan yang mengusahakan tanaman cili dan tomato secara fertigasi.
Berlatar belakangkan keluarga yang sudah lama terlibat di dalam bidang pertanian merupakan salah satu dorongan untuk beliau melibatkan diri di dalam bidang ini secara serius.
Buat masa sekarang, beliau mempunyai dua kebun iaitu tanaman tomato yang diusahakan di Mesilou, Kundasang dan tanaman cili diusahakan di Kampung Kampung Lohan, Ranau.
Hampir kesemua hasil tanaman dijual secara pukal ke negeri Sarawak berikutan permintaan di sana lebih stabil dan peraih di sana juga berpuas hati dengan kualiti hasil tanaman yang dijual.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #KUSKOPrihatin
USAHAWAN
Kami bawakan kepada anda kisah dan temubual bersama Usahawan TEKUN Nasional cawangan Kota Kinabalu, Sabah, Puan Sitti Kamalia Binti Sulaiman yang menjalankan perniagaan pulut panggang sejuk beku di bawah label Pulut Panggang Platinum bertempat di Putatan, Sabah.
Beliau yang turut dibantu suami pada mulanya berniaga pulut panggang secara kecil-kecilan di dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kini pulut panggang beliau mendapat permintaan yang tinggi di sekitar negeri Sabah.
Selepas mendapat permintaan yang tinggi, Puan Sitti Kamalia bersama suaminya membuka pusat pemprosesan yang lebih besar dan kiosk di Kota Kinabalu untuk memudahkan penjualan pulut panggang terus kepada pelanggan.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Kami dari pihak TEKUN Nasional mendoakan agar perniagaan ini terus maju dan berjaya.
#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #PulutPanggangPlatinum