Hamidah Food Industry adalah pengeluar terbesar dodol di Melaka. Dodol berjenama ‘MAMA’. Mereka masih menggunakan ramuan tradisional iaitu adalah campuran tepung pulut, santan, gula Melaka asli dan gula pasir untuk menghasilkan dodol mereka.
Jom kita saksikan kisah dan temubual bersama Puan Atika Liakatali, Usahawan Berjaya TEKUN Nasional yang mengusahakan perniagaan dodol dan makanan tradisional di Umbai, Melaka.
Selain Dodol perisa asli,Hamidah Food Industry juga mengeluarkan dodol kopi, dodol strawberry, dodol jagung, dodol pandan dan dodol durian. Sehari, perusahaan ini mampu mengeluarkan 1.2 tan dodol.
Saksikan kisah dan temubual bersama Usahawan berjaya TEKUN Nasional, House of Tapai Pulut Sarimah @ Masjid Tanah, Melaka yang diusahakan oleh Puan Sarimah binti Kesip@Rashid.
Perniagaan kuih tradisional juga mampu menjana pendapatan lumayan kepada kita. Hari ini, tapai yang dianggap sebagai makanan traditional bukan hanya dihidangkan pada majlis-majlis keraian di kampung-kampung, bahkan ia juga dihidangkan di kebanyakan hotel bertaraf lima bintang
Kepada mereka yang ingin membuat tempahan, bolehlah menghubungi talian 06-3853 041 atau terus ke Lot 2635, Kampung Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka
Baru-baru ini, Team TEKUN TV bersama pegawai TEKUN Negeri Melaka berkesempatan berjumpa dan menemuramah En Mohd Shukor Ahmad, 39 (Sinar Syukrawie Enterprise) yang mengusahakan cendawan tiram kelabu.
Beliau yang kini memiliki tanah sendiri seluas 1.6 hektar untuk meluaskan lagi perniagaannya di Mukim Gadek, Alor Gajah. Perusahaan beliau ini mampu mengeluarkan 1,700 bongkah cendawan sehari. Manakala cendawan segar pula mampu dikeluarkan antara 40 hingga 50 kilogram sehari.
Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah Encik Mohd Shukor !!
Saksikan temubual dan kisah usahawan TEKUN Nasional cawangan Hulu Langat, Puan Nurhayati Husna, pemilik El Husna Salon Spa Muslimah serta Baby Spa & Family.
Semoga kisah Usahawan TEKUN Nasional ini menjadi sumber inspirasi kepada para usahawan di luar sana. Tahniah dan semoga terus maju jaya diucapkan.
Saksikan kisah dan temuramah pasangan suami isteri Encik Mohd Raffi bin Arin dan Puan Raziah binti Mohd Mustaffa. Mereka mengusahakan perniagaan berasaskan Heavy Duty Polyethylene (HD.PE) dibawah syarikat Cekaptera Sdn Bhd.
Semoga kisah Usahawan TEKUN Nasional ini menjadi sumber inspirasi kepada para usahawan di luar sana. Tahniah dan semoga terus maju jaya diucapkan. Jangan lupa klik HD ya.