Dari konduktor bas, kini usahawan berjaya

MEMBUANG jauh perasaan rendah diri dalam dirinya, Ketua Pegawai Eksekutif Poto Travel & Tours Sdn Bhd, Ab Rahman Mohd Ali pernah bergelar seorang konduktor bas mini pada awal 1980-an. Siapa sangka, konduktor bas dari Kampung Nakhoda ke Old Town, Petaling Jaya kini menjadi ahli perniagaan berjaya dengan menerokai bidang pelancongan dalam dan luar negara. Mengimbas kembali permulaan Ab Rahman di kota metropolitan, anak kelahiran Segamat, Johor ini merantau ke Kuala Lumpur dengan berbekal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM bagi mengubah kehidupannya. “Saya datang ke Kuala Lumpur pada 1981 dan mahu mengubah kehidupan dengan melakukan pelbagai pekerjaan.

Kerajaan Komited Bantu Usahawan Bumiputera – Najib Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan terus memastikan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dijadikan sebagai agenda nasional negara. Susulan itu, katanya beberapa siri perbincangan dengan usahawan bumiputera akan diadakan bagi menghasilkan formula jangka panjang yang terbaik bagi meningkatkan kesinambungan usahawan tersebut.