Saksikan video ‘Walkabout’ Ahli Lembaga Amanah & Pihak Pengurusan TEKUN Nasional ke premis usahawan TEKUN di sekitar Tumpat dan Kota Bharu, Kelantan.
Selain dapat berjumpa dan merasai sendiri pahit manis perniagaan yang dijalankan, program seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara TEKUN Nasional dengan para usahawan.
Selepas Melaka, kali ini TEKUN TV membawa anda ke Pulau pinang pula. Krew TEKUN TV bersama pegawai dari pejabat TEKUN Nasional negeri Pulau Pinang berkunjung ke ladang burung puyuh yang dimiliki oleh Burung Puyuh Bon N Da terletak di Nibong Tebal.
Saksikan video lawatan dan temubual bersama usahawan TEKUN yang mengusahakan ternakan burung puyuh secara komersial ini. Jangan lupa klik HD ok !!
‘Highlights’ video Kejohanan Boling Tertutup warga kerja TEKUN anjuran Kelab Sukan & Rekreasi TEKUN Nasional (KESURA) yang diadakan pada 6 Mei 2017 bertempat di bertempat di Wangsa Bowl, Wangsa Walk..Selamat menonton.. Jangan lupa klik HD ok !!
Kali ini TEKUN TV membawa anda ke Seremban, Negeri Sembilan.Saksikan kisah usahawan TEKUN Nasional yang mengusahakan ternakan burung unta yang bertemakan agrotourism.
Jelita ostrich farm yang seluas 4.2 hektar merupakan sebuah pusat penternakan burung unta dan agrotourism burung unta yang pertama di Malaysia yang telah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records. (Klik HD)