Majlis Sambutan Aidilfitri TEKUN Nasional 2019

Rangkuman video di sekitar Majlis Sambutan Aidilfitri TEKUN Nasional bertempat di Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur.

Dianggarkan, seramai 1,500 orang jemputan dari pelbagai agensi kerajaan serta usahawan telah hadir memeriahkan majlis sambutan hari raya ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran anak-anak yatim dan asnaf daripada Rumah Bakti Al-Kausar.

Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) TEKUN Nasional & Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) turut berlangsung di majlis ini.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #Aidilfitri2019

Air minuman zeeper, Usahawan TEKUN Negeri Perak

Team TEKUN TV bersama Pengurus dan pegawai TEKUN dari negeri Perak berkesempatan membuat lawatan ke premis Kak Ija di Sri Manjung Perak.

Saksikan kisah pahit manis dan temubual bersama usahawan ini yang kami bawakan khas kepada anda

Zeeper setakat ini telah dipasarkan di seluruh negara dan alhamdulillah mendapat sambutan yang baik. Kami di TEKUN Nasional sangat berbangga dengan pencapaian mereka, semoga mereka terus maju jaya dalam bidang yang diceburi.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #Zeeper

Keropok Lekor Lekir, Usahawan TEKUN Negeri Perak

Baru-baru ini, Team TEKUN TV bersama pegawai TEKUN Negeri Perak berkesempatan berjumpa dan menemuramah Puan Yah Binti Mahmud yang mengusahakan perusahaan keropok lekor ataupun lebih dikenali sebagai ‘Keropok Lekor Lekir’.

Hasil penat lelah beliau,kini keropok lekor lekir telah dikenali dan ramai mengakui kesedapannya setanding dengan keropok dari negeri di pantai timur. Selain itu, beliau turut memiliki sebuah pusat pemprosesan dan juga kedai jualan di Pasar Tani kekal, Sitiawan Perak.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah Puan Yah !!

Jangan lupa klik HD okay !!

#MyTEKUN #Usahawan #Perak #TemanNiagaAnda

Program Kasih Ramadan @ Angkasapuri, RTM

Rangkuman video di sekitar Program Kasih Ramadan @ Angkasapuri, RTM bersama YB Timbalan Menteri MED, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli.

YB Timbalan Menteri turut menyampaikan juadah berbuka kepada warga kerja penyiaran RTM sumbangan TEKUN Nasional dan Uda Holdings Berhad.

Kementerian Pembangunan Usahawan

#MyTEKUN #MEDMalaysia #RTM #Ramadan

TEKUN Nasional meraikan 73 anak yatim dan asnaf

Rangkuman video TEKUN Nasional meraikan 73 anak yatim dan asnaf dari PERIBADI MULIA (Rumah Anak Yatim Sungai Kantan) dengan membawa mereka membeli-belah persiapan hari raya di Mydin USJ.

Program amal ini merupakan antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) TEKUN bertujuan berkongsi rezeki dan memberikan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan pada hari raya.

#MyTEKUN #CSR #TemanNiagaAnda #PuspanitaTEKUN