Walkabout Program Ramadhan Tiba Bersama TEKUN

Saksikan rangkuman video walkabout Program Ramadhan Tiba Bersama TEKUN bertempat di Ruang Legar Lobi Medan MARA Kuala Lumpur.

Terdapat lebih 34 booth usahawan dan celebpreneurs dengan pelbagai barangan jualan menarik terdapat di sini.

Turut serta dalam acara walkabout ini adalah YBhg Dato Adam Abd Ghani, CEO TEKUN Nasional dan Dato Zulfikri Osman TKP MARA serta diiringi tetamu jemputan.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Fiesta MED 2019

Saksikan sorotan video di sepanjang Fiesta MED yang berlangsung pada 29 sehingga 28 april 2019 bertempat di Malacca International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka.

Fiesta MED yang bertemakan ‘Usahawan Wira Ekonomi’ ini telah disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di- Pertua Negeri Melaka dan disaksikan oleh YB Datuk Seri Mohd. Redzuan, Menteri Pembangunan Usahawan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan menjayakan Fiesta MED 2019 ini. Jumpa lagi !!

Kementerian Pembangunan Usahawan

#MyTEKUN #Usahawan #FiestaMED #FiestaMED2019

Fiesta Santai Masjid Tanah 2019

Saksikan rangkuman video di sepanjang Fiesta Santai Masjid Tanah 2019 yang berlangsung dengan penuh meriah di Kompleks Sukan Masjid Tanah, Melaka.

Fiesta ini dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hajah Mas Ermiyati Hj Samsudin dan turut serta memeriahkan majlis Yang Berbahagia Tuan Haji Roshaimi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Korporat TEKUN Nasional.

Terima kasih orang Melaka, Terima kasih orang Masjid Tanah ! Semoga berjumpa lagi !

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #FiestaSantaiMasjidTanah #FiestaSantaiMasjidTanah2019