Keropok Lekor Lekir, Usahawan TEKUN Negeri Perak

Baru-baru ini, Team TEKUN TV bersama pegawai TEKUN Negeri Perak berkesempatan berjumpa dan menemuramah Puan Yah Binti Mahmud yang mengusahakan perusahaan keropok lekor ataupun lebih dikenali sebagai ‘Keropok Lekor Lekir’.

Hasil penat lelah beliau,kini keropok lekor lekir telah dikenali dan ramai mengakui kesedapannya setanding dengan keropok dari negeri di pantai timur. Selain itu, beliau turut memiliki sebuah pusat pemprosesan dan juga kedai jualan di Pasar Tani kekal, Sitiawan Perak.

Semoga kisah ini dapat memberi dorongan kepada semua usahawan-usahawan di luar sana. Tahniah Puan Yah !!

Jangan lupa klik HD okay !!

#MyTEKUN #Usahawan #Perak #TemanNiagaAnda

Program Kasih Ramadan @ Angkasapuri, RTM

Rangkuman video di sekitar Program Kasih Ramadan @ Angkasapuri, RTM bersama YB Timbalan Menteri MED, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli.

YB Timbalan Menteri turut menyampaikan juadah berbuka kepada warga kerja penyiaran RTM sumbangan TEKUN Nasional dan Uda Holdings Berhad.

Kementerian Pembangunan Usahawan

#MyTEKUN #MEDMalaysia #RTM #Ramadan

TEKUN Nasional meraikan 73 anak yatim dan asnaf

Rangkuman video TEKUN Nasional meraikan 73 anak yatim dan asnaf dari PERIBADI MULIA (Rumah Anak Yatim Sungai Kantan) dengan membawa mereka membeli-belah persiapan hari raya di Mydin USJ.

Program amal ini merupakan antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) TEKUN bertujuan berkongsi rezeki dan memberikan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan pada hari raya.

#MyTEKUN #CSR #TemanNiagaAnda #PuspanitaTEKUN

Walkabout Program Ramadhan Tiba Bersama TEKUN

Saksikan rangkuman video walkabout Program Ramadhan Tiba Bersama TEKUN bertempat di Ruang Legar Lobi Medan MARA Kuala Lumpur.

Terdapat lebih 34 booth usahawan dan celebpreneurs dengan pelbagai barangan jualan menarik terdapat di sini.

Turut serta dalam acara walkabout ini adalah YBhg Dato Adam Abd Ghani, CEO TEKUN Nasional dan Dato Zulfikri Osman TKP MARA serta diiringi tetamu jemputan.

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda

Fiesta MED 2019

Saksikan sorotan video di sepanjang Fiesta MED yang berlangsung pada 29 sehingga 28 april 2019 bertempat di Malacca International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka.

Fiesta MED yang bertemakan ‘Usahawan Wira Ekonomi’ ini telah disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di- Pertua Negeri Melaka dan disaksikan oleh YB Datuk Seri Mohd. Redzuan, Menteri Pembangunan Usahawan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan menjayakan Fiesta MED 2019 ini. Jumpa lagi !!

Kementerian Pembangunan Usahawan

#MyTEKUN #Usahawan #FiestaMED #FiestaMED2019