Fiesta Santai Masjid Tanah 2019

Saksikan rangkuman video di sepanjang Fiesta Santai Masjid Tanah 2019 yang berlangsung dengan penuh meriah di Kompleks Sukan Masjid Tanah, Melaka.

Fiesta ini dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hajah Mas Ermiyati Hj Samsudin dan turut serta memeriahkan majlis Yang Berbahagia Tuan Haji Roshaimi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Korporat TEKUN Nasional.

Terima kasih orang Melaka, Terima kasih orang Masjid Tanah ! Semoga berjumpa lagi !

#MyTEKUN #Usahawan #TemanNiagaAnda #FiestaSantaiMasjidTanah #FiestaSantaiMasjidTanah2019

Takbir Raya Aidilfitri TEKUN Nasional 2019

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

TEKUN Nasional mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin !

Kejohanan Dart Beregu jemputan TEKUN Nasional 2019

Saksikan rangkuman video di sekitar Kejohanan Dart Beregu jemputan TEKUN Nasional 2019 yang belangsung dengan penuh meriah bertempat di Auditorium Ibu Pejabat TEKUN Nasional.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab kebajikan, sukan & Rekreasi (KESURA) TEKUN Nasional ini mendapat penyertaan dari pelbagai kelab dan agensi.

Sesi penutup dan penyampaian hadiah disampaikan oleh CEO TEKUN Nasional merangkap Penaung KESURA, YBhg Dato’ Adam Abd Ghani. Turut hadir mengiringi beliau, Penasihat KESURA YBrs En. Omar Othman.

Jangan lupa klik HD Okay !!!

#MyTEKUN #KESURA

Walkabout YBM MED pada Acara HIMPUN

Saksikan rangkuman video walkabout YBM MED pada Acara HIMPUN yang menempatkan produk-produk usahawan B40 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bersempena LIMA 2019.

Jangan lupa klik HD okay !!!

Kementerian Pembangunan Usahawan

#MyTEKUN #Usahawan #MED #LIMA2019

Majlis Apresiasi MED 2019

Rangkuman video di sekitar Majlis Apresiasi MED 2019 yang telah disempurnakan oleh YB Mohd Redzuan Yusof di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat.

Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan diucapkan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018. Pengiktirafan ini akan memberi motivasi kepada yang lain untuk memberikan komitmen seikhlasnya dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

#MyTEKUN #TemanNiagaAnda #MED